ARTIKEL

Sejak kecil suka bedah komputer

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PADA usia 13 tahun, Faizal Fikri Othman sudah mula didedahkan dengan komputer ketika bidang teknologi maklumat dan teknologi (ICT) masih agak asing dalam kalangan masyarakat.

Bermula saat itu, Faizal yang kini berusia 36 tahun mula menunjukkan minat dalam membaiki perkakas dan perisian komputer.

Berkelulusan Sijil Teknologi Maklumat dari Politeknik Kuching, Faizal sudah berpengalaman hampir 20 tahun membaiki komputer peribadi dan komputer riba.

Menurut Faizal, dia bermula dengan teknik asas membaiki komputer sebelum menambah pengetahuan secara lebih mendalam.

“Kepakaran saya membaiki komputer peribadi dan komputer riba bagi memastikan perkhidmatan yang saya berikan cepat serta berkualiti.

“Selain mempunyai sijil teknologi maklumat, saya juga pernah mengikuti kursus berkaitan komputer seperti Comptia A+, Penetration Testing For Hacking, Blueprint Laptop dan Internet,” katanya.

Faizal berkata, bagi meningkatkan kemahiran dalam membaiki komputer, dia turut mempelajari teknik terkini membaiki menerusi Youtube memandangkan pekakas yang digunakan di dalam komputer peribadi dan komputer riba ketika ini lebih moden.

“Youtube guru terbaik dan masalah yang kerap berlaku terhadap komputer riba melibatkan berfungsi perlahan, cepat panas, skrin pecah atau rosak.

“Saya masih banyak belajar. Masalah seperti ini juga timbul disebabkan pelanggan masih kurang pengetahuan mengenai penggunaan komputer,” ujarnya.

Selain membaiki komputer menurutnya, dia turut menyediakan khidmat nasihat mengenai jenis komputer terbaik mengikut keperluan dan bajet pengguna.

“Buat masa ini saya belum membuka premis sebaliknya menjankan urus niaga menerusi media sosial Facebook. “Insya-Allah pada masa akan datang saya berhasrat untuk membuka kedai membaiki komputer memandangkan permintaan masih tinggi ketika ini,” jelasnya.

BERITA LAIN

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,

BERITA TERBARU

Emosi atasi pertimbangan

BARU-BARU ini berlaku insiden tragis apabila seorang pelajar perempuan ditemui mati didakwa dibunuh di sebuah sekolah di Yong Peng, Batu Pahat, Johor. Pelajar tingkatan empat

Impian besar Kupang Strike

SABTU depan, Kampung Kupang Hilir di Saratok bakal mencipta satu lagi kenangan tersendiri apabila Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) menganjurkan pertandingan memancing yang dinamakan