ARTIKEL

PELIHARA SEJARAH...Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah menerima dokumen kandungan buku sejarah bertajuk "The Hidden Jewel of the Interior: A Story of Kerajaan Banting" daripada Dr Muhammad Firdaus disaksi delegasi UTS yang lain. | Foto: Astana Sarawak

Sejarah Kerajaan Banting didokumentasi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sejarah Kerajaan Banting yang sarat dengan kisah tokoh pahlawan, hubungan dengan kerajaan silam serta salasilah keluarga menjadi tumpuan perbincangan ketika Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, menerima kunjungan ahli akademik Universiti Teknologi Sarawak (UTS), hari ini.

Tun Wan Junaidi bersama-sama Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi berkenan menerima kunjungan delegasi berkenaan bagi menyemak kandungan buku sejarah bertajuk “The Hidden Jewel of the Interior: A Story of Kerajaan Banting”.

Kunjungan selama kira-kira tiga jam itu diketuai oleh ketua projek merangkap penulis, Prof Madya Dr Muhammad Firdaus Abong Abdullah, bersama-sama dua penyelidik, Nabella Holling dan Esther Rachel Beruin.

SEMAK BERSAMA…Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah menyemak dokumen kandungan buku sejarah bertajuk “The Hidden Jewel of the Interior: A Story of Kerajaan Banting” bersama-sama delegasi UTS lain. | Foto: Astana Sarawak

Pertemuan tersebut turut menjadi ruang pertukaran pandangan dan perkongsian maklumat bagi memastikan dokumentasi sejarah Kerajaan Banting disusun berasaskan sumber yang kukuh serta mempunyai nilai ilmiah.

Antara perkara dikongsikan Tun Wan Junaidi termasuklah sejarah Kerajaan Banting, tokoh pahlawan seperti Pahlawan Khamis, Pahlawan Janting dan Pahlawan Ijau, selain sejarah era Rajah James Brooke dan Sultan Tengah serta kaitannya dengan sejarah Brunei, Srivijaya dan Majapahit.

Perbincangan turut menyentuh Tengku Sayyid Akil Al Ben Yahya, yang turut direkodkan sebagai Sayyid Agil dalam carta Pusat Sejarah Brunei, selain salasilah sebelah ibunda Tun Pehin Sri daripada keluarga Al-Eydrus.

Turut dibincangkan kemungkinan kewujudan sumber sejarah, dokumen keluarga dan tradisi lisan yang masih belum direkodkan secara formal.

Tun Wan Junaidi berpandangan usaha mendokumentasikan sejarah Kerajaan Banting penting bukan sahaja bagi merakam peristiwa masa lalu, malah membantu generasi kini dan akan datang memahami asal usul, perkembangan masyarakat serta warisan sejarah Sarawak.

Beliau dan Toh Puan turut menyambut baik inisiatif berkenaan serta berharap projek tersebut menghasilkan karya berkualiti dan berwibawa yang mampu memperkayakan khazanah sejarah serta intelektual Sarawak.

BERITA LAIN

ICQS Biawak: Kajian siap hujung tahun ini

KUCHING: Cadangan menaik taraf Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Biawak masih dalam penelitian menerusi kajian kemungkinan Pelan Induk Pembangunan Kawasan Sempadan Sarawak. Menteri

BERITA TERBARU

ICQS Biawak: Kajian siap hujung tahun ini

KUCHING: Cadangan menaik taraf Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Biawak masih dalam penelitian menerusi kajian kemungkinan Pelan Induk Pembangunan Kawasan Sempadan Sarawak. Menteri