Sejarah lama S’wak, pembentukan M’sia dijadikan sukatan pelajaran sekolah

KUCHING: Adun Sebuyau Datuk Julaihi Narawi mencadangkan sejarah lama Sarawak sebelum pemerintahan Rajah Brooke dan pembentukan Malaysia dijadikan sebagai sebagai sebahagian sukatan pelajaran di sekolah.

Beliau yang juga Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan berkata, sejarah pembentukan Malaysia wajib diajar di semua peringkat sekolah khas-nya dalam kalangan anak-anak Sarawak.

“Ia termasuk peranan besar Sabah dan Sarawak dalam membentuk Malaysia,” katanya dalam kenyataan yang dimuat naik dalam Facebooknya baru-baru ini.

Menurutnya, tarikh 22 Julai sejak 1963 membawa makna yang besar dalam kehidupan rakyat Sarawak.

“Mungkin ada dalam kalangan rakyat kita sendiri khasnya golongan muda masih belum mendalami makna atau sejarah yang dicipta pada tarikh tersebut.

“Maka bersempena dengan sambutan Hari Sarawak, saya ingin menekankan dua perkara penting yang harus diambil perhatian oleh semua pihak khasnya dalam sistem pendidikan kita. “Selamat Hari Sarawak dan Sayangilah Ibu Pertiwiku,” katanya.

Suara Sarawak