ARTIKEL

Anggota bomba memadamkan kebakaran yang memusnahkan rumah berkenaan di Kampung Stabun, Serian, pada awal pagi hari ini.

Sekeluarga tinggal sehelai sepinggang setelah rumah ranap terbakar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SERIAN: Sebuah keluarga di Kampung Stabun di sini tinggal sehelai sepinggang apabila rumah mereka ranap dalam kebakaran yang berlaku pada awal pagi hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima laporan tentang kejadian itu kira-kira jam 6.55 pagi, dan segera menggerakkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian dan BBP Siburan ke lokasi.

“Setibanya di lokasi, didapati kebakaran melibatkan sebuah rumah dua tingkat telah terbakar dianggarkan 70 peratus.

“Anggota bomba bertindak melakukan pemadaman sehingga kebakaran dapat dipadamkan,” jurucakap itu memaklumkan dalam satu kenyataan.

Katanya, kesemua penghuni rumah terbabit dalam keadaan selamat dan tiada mengalami kecederaan.

Punca kebakaran dan nilai kerugian masih dalam siasatan.

BERITA LAIN

Hajat belum ternoktah

DUA kekalahan dan satu seri dalam tiga perlawanan awal Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) pastinya bukan permulaan yang diharapkan Kuching City FC, namun perjalanan The

BERITA TERBARU

Hajat belum ternoktah

DUA kekalahan dan satu seri dalam tiga perlawanan awal Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) pastinya bukan permulaan yang diharapkan Kuching City FC, namun perjalanan The