ARTIKEL

Sekolah di Tebedu ditutup sementara esok

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sebanyak 27 sekolah di Tebedu, merangkumi sebuah sekolah menengah dan 26 sekolah rendah, ditutup sementara esok susulan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) di daerah itu pada tahap sangat tidak sihat.

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sarawak memaklumkan, sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan dilaksanakan sepanjang tempoh penutupan, manakala guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) dibenarkan bekerja dari rumah (BDR).

Keputusan itu turut terpakai kepada semua sekolah rendah dan menengah di daerah yang merekodkan bacaan IPU melebihi 200 selepas kenyataan berkenaan dikeluarkan.

Bagaimanapun, sesi persekolahan secara bersemuka diteruskan bagi calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dengan pemakaian pelitup muka diwajibkan.

Bagi sekolah berhampiran daerah yang mencatatkan bacaan IPU melebihi 200, guru besar dan pengetua boleh mempertimbangkan pelaksanaan PdPR berdasarkan faktor kesihatan dan keselamatan murid.

Menurut JPN Sarawak, persediaan pembukaan semula sekolah boleh dilakukan sekiranya bacaan IPU menunjukkan trend penurunan kepada bawah 200.

Ibu bapa atau penjaga juga dibenarkan tidak menghantar anak ke sekolah sekiranya bimbang terhadap kesihatan mereka akibat jerebu, dengan memaklumkan perkara itu kepada pihak sekolah.

BERITA LAIN

Fadillah terima Darjah Kebesaran S.P.M.S.

KUCHING: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Amar Fadillah Yusof merafak sembah dan menjunjung kasih kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah atas pengurniaan Darjah Kebesaran Seri

SNF 2026 eratkan persaudaraan Melanau–Jawa di Mukah

MUKAH: Festival Saga Nusantara (SNF) 2026 menjadi platform penting dalam memperkukuh hubungan persaudaraan antara Malaysia dengan Indonesia menerusi kerjasama seni dan budaya yang menggabungkan warisan

BERITA TERBARU