ARTIKEL

Fadillah terima Darjah Kebesaran S.P.M.S.

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Amar Fadillah Yusof merafak sembah dan menjunjung kasih kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah atas pengurniaan Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S.) kepadanya.

Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menyifatkan pengurniaan itu sebagai amanah dan tanggungjawab untuk terus berkhidmat kepada agama, bangsa dan negara.

Beliau turut mendoakan agar Sultan Sharafuddin dan seluruh kerabat diraja Selangor sentiasa dikurniakan kesihatan berpanjangan serta dilimpahi rahmat Allah SWT.

“Allah lanjutkan usia Tuanku,” katanya.
Darjah S.P.M.S. membawa gelaran Datuk Seri kepada penerima lelaki dan Datin Paduka Seri kepada penerima wanita, manakala isteri penerima lelaki menggunakan gelaran Datin Seri.

Terdahulu, Sultan Sharafuddin berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Kelas Pertama kepada enam individu sempena Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan baginda.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

SNF 2026 eratkan persaudaraan Melanau–Jawa di Mukah

MUKAH: Festival Saga Nusantara (SNF) 2026 menjadi platform penting dalam memperkukuh hubungan persaudaraan antara Malaysia dengan Indonesia menerusi kerjasama seni dan budaya yang menggabungkan warisan

Jerebu: 27 sekolah di Tebedu ditutup sementara

KUCHING: Sebanyak 27 sekolah di daerah Tebedu ditutup sementara esok berikutan jerebu, susulan pemantauan kualiti udara dan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) setakat 2 petang