ARTIKEL

Antara peserta yang menyertai program anjuran IPD Julau di SMK Julau, pada Khamis. Foto IPD Julau

Sekolah luar bandar jadi medan didikan elak penipuan dalam talian

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JULAU, 25 Julai: Sekolah luar bandar di daerah ini diberi perhatian Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai jenayah penipuan dalam talian yang semakin berleluasa.

Terbaharu, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Julau dipilih menjadi lokasi Program Ceramah Kesedaran Jenayah Komersial dan Keselamatan Komuniti, hasil kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Julau dan Bank Rakyat Cawangan Sarikei, semalam.

Program itu menyasarkan guru, kakitangan sokongan dan warga sekolah bagi mempertingkat tahap kewaspadaan terhadap pelbagai bentuk jenayah siber.

Ketua Polis Daerah Julau, Deputi Superintendan Alif Haiqal Ramesh berkata, program itu bertujuan memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar agar tidak terperangkap dengan pelbagai taktik licik penjenayah siber.

“Antara modus operandi yang dijelaskan termasuk e-dagang palsu, pinjaman tidak wujud, akaun keldai, penipuan cinta, penyamaran menerusi panggilan telefon dan aplikasi WhatsApp,” katanya dalam kenyataan.

Menurut beliau, peserta turut diberi taklimat mengenai saluran aduan dan keselamatan siber seperti NSRC 997, aplikasi Whoscall, CCID Infoline dan Portal Semak Mule.

“Kerjasama dengan Bank Rakyat turut membuka mata peserta mengenai taktik penipuan pinjaman dan sindiket yang menyamar sebagai kedai ‘mencuci’ barang kemas,” katanya.

Alif menegaskan pendekatan proaktif seperti ini penting bagi mengekang jenayah komersial yang menyasarkan penduduk luar bandar.

“Saya berharap lebih banyak kerjasama strategik seperti ini dapat dijalankan secara berterusan bersama agensi dan institusi pendidikan bagi memperkukuh keselamatan komuniti luar bandar,” katanya.

BERITA LAIN

Tebedu berpotensi jadi pusat ekonomi sempadan

KUCHING: Tebedu berpotensi berkembang sebagai pusat ekonomi sempadan yang menghubungkan Sarawak dengan Kalimantan Barat, Indonesia, menerusi perdagangan rentas sempadan, logistik dan pemasaran hasil pertanian. Ahli

BERITA TERBARU

Tebedu berpotensi jadi pusat ekonomi sempadan

KUCHING: Tebedu berpotensi berkembang sebagai pusat ekonomi sempadan yang menghubungkan Sarawak dengan Kalimantan Barat, Indonesia, menerusi perdagangan rentas sempadan, logistik dan pemasaran hasil pertanian. Ahli