ARTIKEL

DR MOHAMMAD RAZI bergambar bersama-sama atlet cilik sempena Kejohanan Sukan Tahunan SK Tuie, 2026 di sini hari ini

Sekolah Platform Kenal Pasti Bakat Atlet Muda

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUSA: Kawasan luar bandar Sarawak diyakini mempunyai ramai bakat besar dalam bidang sukan dan kokurikulum yang berpotensi diketengahkan ke peringkat lebih tinggi sekiranya diberikan ruang serta bimbingan berterusan.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Dr Mohammad Razi Sitam berkata, bakat tersebut bagaimanapun perlu dikenal pasti sejak peringkat sekolah melalui pelbagai platform pertandingan yang dianjurkan secara berterusan.

Menurut ADUN Saribas itu lagi, kejohanan sukan tahunan sekolah seumpama ini bukan sekadar medan persaingan untuk menentukan pemenang, tetapi turut menjadi ruang penting bagi guru dan pihak sekolah mengenal pasti potensi murid dalam pelbagai acara sukan.

“Di luar bandar, kita mempunyai ramai anak muda yang berbakat dalam bidang sukan dan kokurikulum.

“Namun, bakat ini perlu dicari, diasah dan diberikan peluang untuk berkembang. Justeru melalui platform seperti kejohanan sukan tahunan ini, guru dapat melihat kebolehan sebenar murid, mengenal pasti potensi mereka dan seterusnya membentuk mereka menjadi atlet yang mampu membawa nama sekolah, kawasan serta negeri pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Kejohanan Sukan Tahunan SK Tuie, 2026 di sini hari ini.

DR MOHAMMAD RAZI menerima cenderahati daripada pihak sekolah pada Kejohanan Sukan Tahunan SK Tuie, 2026 di sini hari ini.

Jelasnya, pembangunan bakat sukan di peringkat akar umbi amat penting kerana kejayaan seseorang atlet lazimnya bermula daripada pendedahan awal, latihan yang konsisten serta sokongan daripada sekolah, keluarga dan komuniti.

Sekolah memainkan peranan besar sebagai tapak pertama untuk mencungkil bakat baharu, selain menjadi tempat membina disiplin, semangat berpasukan dan nilai kepimpinan dalam kalangan murid.

Beliau turut menyeru para guru agar terus memainkan peranan aktif dalam membimbing dan memberi galakan kepada murid yang menunjukkan minat serta kebolehan dalam bidang sukan.

Beliau pada majlis yang sama menyatakan komitmen untuk membantu semua sekolah di kawasan DUN Saribas untuk membudayakan kecemerlangan dalam akademik, serta kokurikulum.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU