ARTIKEL

Sekolah wajar ditutup

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SAYA menerima banyak pandangan dan cadangan daripada pelbagai pihak mengenai keperluan menutup sekolah apabila terdapat peningkatan kes penularan Covid-19 – kata Menteri Kanan Pendidikan Dr Radzi Jidin.

Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara akan sentiasa memantau rapat keadaan di sekolah seluruh negara.

Semalam, sekali lagi ibu bapa di negara ini gusar kerana peningkatan jumlah korban Covid-19 dan terdapat kluster baharu yang aktif.

Kementerian Pendidikan juga menerima kritikan dan dituduh lambat membuat keputusan seolah-olah membiarkan nyawa pelajar jadi pertaruhan.

Isu penutupan sekolah merupakan perkara besar dan hanya boleh dilakukan atas nasihat Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara.

Isu kesihatan dan keselamatan ini amat sensitif namun ibu bapa tidak perlu gusar kerana jika ada arahan dikeluarkan, sudah pasti ia akan sampai ke peringkat pelaksanaan.

Kementerian Pendidikan juga sudah tentu akan mengambil tindakan pantas jika ada keperluan untuk menutup sekolah.

Sesetengah ibu bapa beranggapan mereka wajar merehatkan sementara anak-anak ke sekolah dan mereka sendiri akan memastikan sesi pembelajaran anak-anak terus berlangsung.

Kebimbangan ibu bapa juga wajar kerana murid sekolah rendah sukar untuk memahami dan mematuhi SOP.

Namun gesaan menutup semua sekolah di negara ini serentak dengan cadangan menurunkan kuasa penutupan sekolah kepada Jabatan Pendidikan Negeri.

Rata-rata berpendapat, penutupan sekolah tidak perlu menunggu arahan KPM dan memberi autonomi sepenuhnya kepada jabatan peringkat negeri.

Lojiknya, semua pihak haruslah mengelakkan situasi sudah terantuk baru tengadah dan tidak saling menyalahkan sebelah pihak berhubung tindakan menangani Covid-19.

Virus ini sudah menjadi pandemik di seluruh dunia dan semua pihak harus berganding bahu dan bekerjasama menangani isu ini.

Kalau kerajaan hanya sekadar menutup penerbangan tertentu, ia masih tidak memadai sebaliknya pelbagai langkah harus dilakukan termasuk menutup sesi persekolahan buat sementara.

BERITA LAIN

Bina impian anak Sarawak

SETIAP kali Belanjawan Sarawak dibentangkan, perhatian masyarakat lazımnya tertumpu pada angka peruntukan, projek pembangunan dan pelan ekonomi negeri. Namun, ukuran sebenar kejayaan sesebuah belanjawan bukan

Pemain bintang dunia warnai bola sepak S’wak

KEHADIRAN bekas bintang kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid, Asier Illarramendi, bersama kelab Hong Kong, Kitchee SC ke Kuching cukup mengujakan ribuan peminat bola sepak di

BERITA TERBARU