SIBU: Seorang wanita terjerat dengan helah isteri teman lelakinya menyebabkan dia terpaksa menahan kesakitan selepas ditikam di bahagian alat sulit.
Mangsa berusia 34 tahun mengalami pendarahan teruk apabila kemaluannya ditikam pisau pemotong sayur sepanjang 22 sentimeter oleh isteri teman lelakinya selepas mereka mengadakan hubungan seks tiga serangkai (threesome) di sebuah rumah sewa di Jalan Lajong pada Ahad lalu.
Ketika itu keadaan dalam bilik malap, hanya diterangi cahaya dari televisyen sahaja dan suspek yang panas hati melakukan tindakan di luar dugaan itu.
Menurut Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Stanley Jonathan Ringgit, kejadian berlaku sekitar jam 9 malam setelah suspek, 46, yang bekerja sebagai pelayan kedai kopi bersetuju agar suaminya, 28, membawa balik kekasihnya ke rumah sewa mereka.
Tujuannya adalah untuk berbincang secara baik tentang hubungan mereka bertiga dan suspek juga menerima syarat suaminya supaya tidak melakukan perkara tidak elok dia membawa kekasihnya ke bilik se mereka.

Bagaimanapun, keyakinan kelindan lori itu dengan janji isterinya mengundang kecelakaan apabila wanita itu cedera parah.
Wanita dipercayai mempunyai suami yang bekerja di Kepulauan Solomon dan empat anak.
“Sebelum kejadian, ketiga-tiga mereka berbual sambil minum di dalam bilik di mana lelaki itu minum arak manakala suspek dan mangsa hanya minum minuman ringan.
“Mereka kemudian bersetuju untuk melakukan hubungan seks bersama dan sebaik selesai, suspek memberitahu mahu keluar membuang air kecil sementara suaminya melakukan seks dengan mangsa.
“Kerana tidak sedap hati, lelaki itu berhenti melakukan seks dan berbaring di atas tilam di sebelah mangsa dan tiba-tiba kekasihnya mengerang sakit dan memberitahu dia ditikam,” katanya dalam kenyataan,hari ini.
Stanley menambah suspek yang melarikan diri kemudian berjaya ditahan suaminya tidak jauh dari rumah sebelum diserahkan kepada polis yang tiba di tempat kejadian sebaik sahaja menerima laporan mengenainya.
Katanya motif suspek bertindak sedemikian dipercayai dendam dan cemburu kerana dia sudah lama mengetahui suaminya menjalin hubungan dengan mangsa.
Pasangan itu dipercayai sudah tinggal bersama selama tujuh tahun namun tidak mempunyai anak, mereka hanya berkahwin secara adat Iban dan tiada dokumen sah.
Mangsa dalam keadaan lemah dan tidak stabil dikejarkan ke Hospital Sibu kerana kehilangan banyak darah dan dijangka menjalani pembedahan.
Manakala suspek akan direman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.