ARTIKEL

Gambar hiasan

Sekurang-kurangnya 17 terbunuh dalam serangan Israel di bandar Gaza

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BAITULMUQADDIS: Sekurang-kurangnya 17 orang terbunuh dalam satu serangan udara Israel yang menyasarkan sebuah bangunan di Semenanjung Gaza, lapor agensi berita Jerman dpa.

Agensi pertahanan awam yang dikendalikan Hamas pada Rabu memaklumkan bahawa bangunan yang terletak di kawasan al-Zeitoun, Bandar Gaza itu menempatkan keluarga pelarian dan tujuh daripada mangsa yang maut adalah kanak-kanak.

Dalam serangan udara berasingan, Pengarah Hospital Indonesia, Marwan Sultan bersama ahli keluarganya turut terkorban apabila kediaman mereka di Gaza dibedil, menurut Kementerian Kesihatan.

Menurut pihak berkuasa kesihatan di Gaza, lebih 57,000 rakyat Palestin terkorban sejak perang tercetus pada 7 Oktober 2023. – BERNAMA-dpa

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha