LOS ANGELES: Sekurang-kurangnya seorang maut manakala enam lagi termasuk dua anggota polis, cedera dalam kejadian tembakan pada Rabu di Minneapolis, bandar terbesar di negeri Minnesota, Amerika Syarikat (AS), lapor Xinhua memetik media tempatan.
Jabatan Polis Minneapolis berada di lokasi kejadian di kawasan 15 E Grant St.
Pihak berkuasa turut menggesa penduduk setempat supaya menjauhi kawasan berkenaan. – BERNAMA-XINHUA


