ARTIKEL

Selaras pematuhan garis panduan di tadika, rumah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Ibu bapa perlu menyelaras setiap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di tadika dan di rumah agar kanak-kanak mudah memahaminya.

Pengendi Tadika Al-Baghdadi Playtimes Center Kota Samarahan Nur Farahiah Ibrahim berkata, ibu bapa juga telah bersetuju dengan SOP yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebagai jaminan kesihatan anak-anak mereka.

“Sebagai pengendali tadika, kami bersedia untuk beroperasi semula berdasarkan SOP yang telah ditetapkan. “Namun, kami faham terdapat segelintir ibu bapa yang masih risau untuk menghantar anakanak mereka,” katanya kepada Suara Sarawak pada hari pertama pembukaan semula tadika selepas tiga bulan diarah tutup susulan pandemik Covid-19, kelmarin.

Nur Farahiah Ibrahim

Menurut Farahiah, ibu bapa boleh menghantar anak-anak sekiranya yakin dan mempunyai keperluan untuk berbuat demikian.

“Namun, bagi ibu bapa yang masih risau untuk menghantar anak-anak mereka ke tadika, kami juga menyediakan pembelajaran dalam talian.

“Kami sediakan bahan-bahan pembelajaran seminggu sekali dan kaedah ini telah kita amalkan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lagi,” jelasnya.

Mengulas mengenai pembelajaran dalam talian, beliau memberitahu, ibu bapa memberikan kerjasama penuh untuk perkembangan anak-anak mereka.

“Apabila kembali ke tadika, kami berharap kanak-kanak dapat menyelami SOP baharu dan hari ini (semalam) mereka belum biasa lagi. “Ini kerana setiap pagi mereka biasa bermain beramai-ramai, berkumpul dan bercerita tetapi kali ini ia di luar kebiasaan mereka,” ujarnya.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan