ARTIKEL

Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Ekonomi, Azlina Aziz, bergambar bersama sempena Majlis Persaraan Timbalan Ketua Pengarang (Perkhidmatan Berita Ekonomi) di Wisma Bernama. Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin (tengah), Ketua Pengarang Bernama Arul Rajoo Durar Raj (empat, kanan), Ketua Khidmat Pengurusan dan Kewangan Bernama Sharifah Zaini Syed Zain, Ketua Jabatan Komersil Bernama Mastura Hassan, dan Editor Eksekutif Perkhidmatan Berita Ekonomi Bernama M. Saraswathi (kiri). | Bernama

Selepas lebih tiga dekad berbakti, Timbalan Ketua Pengarang Bernama Azlina Aziz bersara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) — Selepas 35 tahun berbakti dalam dunia kewartawanan, Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Ekonomi (PBE) Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Azlina Aziz diraikan pada majlis persaraan beliau kelmarin.

Beliau akan bersara secara rasmi pada Isnin, 12 Jan 2026, sekali gus mewariskan legasi pengalaman, kepimpinan dan sumbangan profesional sepanjang perkhidmatannya di agensi berita nasional itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin menyifatkan Azlina sebagai seorang pemimpin yang dibentuk daripada pengalaman lapangan bermula sebagai wartawan, sebelum menggalas tanggungjawab dalam pengurusan tertinggi agensi berita nasional itu.

Menurut Nur-ul Afida, pelantikan Azlina sebagai Timbalan Ketua Pengarang PBE dibuat berdasarkan pengalaman luas beliau yang merangkumi pelbagai peranan, daripada wartawan, editor sehingga penyunting.

“Pada pandangan saya, beliau calon yang tepat untuk mengisi kekosongan jawatan kepimpinan di PBE. Pengalaman beliau dalam bidang ekonomi sangat mendalam.

“Beliau merupakan junior saya.

Ketika beliau menjalani latihan praktikal, saya antara senior yang pernah membimbingnya,” katanya pada majlis persaraan itu.

Menurutnya hubungan profesional mereka kekal rapat walaupun masing-masing ditempatkan di meja berbeza sepanjang perkhidmatan beliau.

Sementara itu, Ketua Pengarang Bernama Arul Rajoo Durar Raj berkata Azlina merupakan seorang pegawai yang sangat berpengalaman dalam PBE, ceria sepanjang masa dan aktif dalam sukan, terutama boling.

“Ramai wartawan generasi baharu dan kakitangan lain menerima tunjuk ajar serta bimbingan daripada beliau,” katanya.

Arul Rajoo berkata Azlina turut memainkan peranan aktif pada 2025, khususnya dalam liputan dan penglibatan Bernama berkaitan acara ASEAN, yang menjadi antara tumpuan utama tahun lepas.

Sementara itu, Azlina dalam ucapannya merakamkan penghargaan kepada Bernama kerana memberi peluang kepadanya menyandang jawatan di peringkat pengurusan tertinggi.

“Jika mengikut perancangan awal, mungkin tugas saya hanya berakhir sebagai Ketua Meja Penyunting Bahasa Melayu PBE.

Ini adalah peluang dan juga tanggungjawab yang diberikan kepada saya dan saya terima dengan hati yang terbuka,” katanya.

Beliau menyertai Bernama pada 1991 selepas menjalani latihan praktikal selama enam bulan sebelum diterima bekerja sepenuh masa.

Sepanjang kerjayanya, beliau pernah berkhidmat sebagai wartawan PBE dari 1991 hingga 2000, penyunting Bahasa Melayu PBE dari 2000 hingga 2015 serta bertugas di perkhidmatan berita dari 2015 hingga 2020.

Selepas itu, beliau menyandang jawatan sebagai Ketua Meja Penyunting dari 2020 hingga 2023, Eksekutif Editorial PBE dari 2023 hingga 2024, sebelum dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarang PBE pada Mac 2024 sehingga bersara.

“Saya juga dapat mengenali ramai warga Bernama melalui Kelab Boling.

Saya akan merindui tempat ini.

Saya gembira diberikan peluang untuk berkhidmat di sini dan menganggap Bernama sebagai rumah kedua saya,” katanya. — Bernama

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU

Projek ART Kuching Jadi Rujukan

KUCHING: Projek Transit Aliran Autonomi (ART) Kuching menjadi antara projek rujukan utama luar negara bagi China Railway Rolling Stock Corporation (CRRC) dalam usaha memperluas penggunaan