ARTIKEL

Selesaikan segera masalah banjir di Kpg Usahajaya Baru – Tiong King Sing

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Majlis Perbandaran Sibu (MPS) digesa bertindak segera bagi menyelesaikan masalah banjir di Kampung Usahajaya Baru di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong, Datuk Seri Tiong King Sing berkata penduduk kampung telah mengadu kepadanya dengan melahirkan rasa kecewa dan marah terhadap pihak berkenaan.

Sebahagian jalan di sekitar Kampung Usahajaya Baru yang kerap ditenggelami air.

“Penduduk kampung mendakwa kepada saya perihal isu tersebut semasa lawatan saya ke Lorong 4 Sentosa Timur di sana ketika sambutan Aidilfitri lalu.

“Menurut mereka, kampung di situ sudah bertahun-tahun berdepan masalah banjir, malah sebelum saya dipilih sebagai ADUN Dudong,” tegasnya, hari ini.

Tiong (kanan) dimaklumkan oleh penduduk berkenaan masalah banjir yang sering melanda kampung tersebut.

Walaupun beliau sudah berulang kali menuntut penyelesaian kepada masalah banjir kilat di sini sebelum beliau dipilih lagi, Tiong amat kecewa kerana melihat MPS tidak mengambil sebarang tindakan.

“MPS harus ingat bahawa tanggungjawabnya adalah untuk berkhidmat kepada rakyat, dan berhenti menipu rakyat dengan alasan tiada pembiayaan.

“Ia adalah tugas majlis untuk menyelesaikan masalah pembiayaan.

“Sekiranya pembiayaan tidak mencukupi, maka anda mesti memohon pembiayaan daripada kerajaan tempatan untuk menyelesaikan masalah rakyat, bukannya menggunakan alasan yang sama untuk tidak bertindak dan membiarkan penduduk setempat hidup melarat setiap hari,” tegas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya itu.

Tiong memberitahu bahawa penduduk setempat penuh dengan keluhan dan sangat kecewa, berasa seolah-olah seperti kanak-kanak terbiar.

Menurut Ahli Parlimen Bintulu itu, setiap kali hujan berlaku, kawasan tersebut akan dibanjiri air yang membuatkan penduduknya sentiasa bimbang dan takut.

“Saya ingin bertanya, kampung ini betul-betul di tepi jalan. Kerja-kerja penyelenggaraan dan penambahbaikan boleh dijalankan.

“Sekurang-kurangnya kita harus bekerjasama dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) atau Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk menggali parit dalam bagi mencapai kesan pengorekan dan pengaliran banjir.

“Pada masa yang sama, naikkan ketinggian jalan untuk mengurangkan banjir di jalan raya sebagai penyelesaian segera.

“Mengapa MPS tidak boleh berbuat apa-apa untuk rakyat selepas beberapa tahun melihat rakyat menderita sehinggakan malam tidak dapat tidur?” tegasnya.

Beliau juga berharap agar MPS kali ini lebih serius menghadapi masalah ini dan mencari penyelesaian, bukannya menerima laporan 100 kali tetapi memberi 101 alasan.

“Sikap mengabaikan dan tidak tahu adalah sangat buruk dan tidak boleh diterima,” tegas Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP) itu.

BERITA LAIN

PCS diterima sebagai parti komponen GRS

KOTA KINABALU, Sabah: Parti Cinta Sabah (PCS) hari ini diterima sebagai parti komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS), kata Setiausaha Agung GRS, Datuk Seri Masidi Manjun.

BERITA TERBARU

Sarawak tanam 34 juta pokok

Salah satu punca konflik meningkat ialah kehilangan kawasan hutan dan ia dikaitkan dengan penularan penyakit zoonotik — penyakit daripada haiwan kepada manusia. Faktor lain seperti