ARTIKEL

Seluruh negara kini nikmati siaran TV digital

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Sabah dan Sarawak beralih sepenuhnya kepada siaran televisyen (TV) digital myFreeview daripada siaran TV ‘terrestrial’ analog mulai hari ini, dan ini menandakan seluruh negara kini menikmati siaran TV digital.

Ia proses peralihan terakhir susulan proses seumpama melibatkan kawasan di wilayah tengah, selatan, utara dan timur Semenanjung secara berperingkat-peringkat mulai 30 Sept lepas.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata proses peralihan berjalan lancar namun sebarang masalah yang timbul akan cuba diatasi oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

“Seperti mana dengan semua proses peralihan, sudah tentu akan wujud masalah tertentu dan apa yang penting adalah SKMM bersedia untuk menyelesaikannya. Hari ini adalah tarikh yang mana proses peralihan kepada (siaran TV) digital secara keseluruhan di Malaysia,” katanya.

Ditemui pemberita selepas merasmikan Maxis Business SPARK Summit 2019 di sini hari ini, beliau berkata tumpuan selepas ini ialah ke arah meningkatkan kualiti kandungan siaran digital itu.

“Melalui proses peralihan analog kepada digital, ini bermakna kita mempunyai keupayaan untuk (menambah) lebih saluran baharu. Berapa jumlah saluran, jenis kandungan perlu difokuskan… saya akan umum perkara itu dalam masa terdekat,” kata Gobind.

Menerusi siaran TV digital myFreeview, penonton boleh menikmati pelbagai saluran TV, radio dan aplikasi baharu seperti membeli-belah dalam talian, pembelajaran interaktif melalui saluran TV termasuk TV1, TV2, TV3, NTV7, 8TV, TV9, Al Hijrah, Bernama, TV Okey dan enam saluran radio.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Lelaki maut motosikal bertembung kereta

BAU: Seorang buruh lelaki maut apabila motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah kenderaan dalam kemalangan di Jalan KM 19.5, Jalan Serasot/Stass/Bau di sini, pagi tadi. Ketua

Manfaat lapan komponen KKD

DALAT: Kompleks Kebajikan Dalat (KKD) menjadi penyelesaian kepada cabaran yang dihadapi oleh penduduk di kawasan Dalat pada awal 2000-an. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan

Perkasa pelancongan tempatan

ENGKILILI: Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas mencadangkan agar Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) dan Agensi Pembangunan Sri Aman (SADA) bekerjasama dalam mempromosi