ARTIKEL

Dr. Sim berucap pada pelancaran Projek Pembinaan Jalan Batu Kawa ke Jalan Stephen Yong di Kuching, hari ini. - FOTO: MOHD ALIF NONI

Semak dan Imbang Perlu Disertakan Bukti

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sebarang persoalan atas nama semak dan imbang perlu disokong bukti serta disalurkan kepada pihak berkuasa, bukan sekadar digunakan untuk membuat tuduhan yang boleh berunsur fitnah atau berniat jahat.

Timbalan Premier Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian berkata, penelitian ke atas keputusan kerajaan sememangnya penting, namun pihak yang membangkitkan sesuatu dakwaan juga perlu bersedia mengemukakan fakta bagi membolehkan siasatan dijalankan.

“Kalau ada bukti, kemukakan. Kita mempunyai agensi yang sepatutnya termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis.

“Kenapa hanya bertanya? Kalau berani membuat tuduhan, mesti bersedia untuk membuktikannya,” katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran Projek Pembinaan Jalan Batu Kawa ke Jalan Stephen Yong di sini, hari ini.

Menurutnya, keberkesanan konsep semak dan imbang juga perlu dinilai berdasarkan hasil yang dapat diberikan kepada rakyat dan bukan hanya melalui kritikan.

“Rakyat sendiri mempunyai ruang untuk menilai prestasi wakil rakyat menerusi pilihan raya yang diadakan setiap lima tahun.

“Lihat Batu Kawah hari ini dan bandingkan dengan 10 tahun dahulu. Rakyat sendiri boleh melihat sama ada kawasan ini menjadi lebih baik atau sebaliknya,” ujarnya.

Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) itu turut meminta wakil rakyat, khususnya mereka yang berkhidmat di peringkat Persekutuan, menunjukkan sumbangan serta hasil yang berjaya dibawa kepada Sarawak.

“Sarawak masih memerlukan kerjasama dan sokongan Kerajaan Persekutuan untuk mempercepat pelaksanaan agenda pembangunan negeri,” ujarnya.

Kenyataan itu hadir ketika isu semak dan imbang kembali menjadi perbahasan menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) Sarawak Ke-13, termasuk selepas Ahli Parlimen Bandar Kuching Dr Kelvin Yii Lee Wuen menegaskan pertanyaan berkaitan penggunaan dana awam merupakan sebahagian daripada usaha memastikan ketelusan dan akauntabiliti.

Dalam perkembangan berkaitan, Dr. Sim turut menyentuh bantuan kepada institusi keagamaan bukan Islam menerusi Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR), yang menurutnya membantu gereja, tokong dan institusi berkaitan melaksanakan projek pembangunan serta naik taraf.

TAMAT//

BERITA LAIN

BERITA TERBARU