ARTIKEL

Semak perjanjian perdagangan ASEAN-India

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

NEW DELHI: Perdana Menteri India Narendra Modi berharap agar semakan perjanjian perdagangan bebas bagi barangan antara ASEAN dengan India diselesaikan dalam tempoh masa yang ditetapkan.

India dan ASEAN mengadakan beberapa pusingan rundingan untuk membuat perubahan kepada Perjanjian Perdagangan Barangan ASEAN-India (AITIGA) bagi menjadikan perjanjian itu lebih memudahkan perdagangan dan bermanfaat untuk perniagaan di seluruh rantau.

Perbincangan tersebut bermula pada Mei 2023.

“Kami bersetuju semakan FTA antara ASEAN dengan India harus diselesaikan mengikut masa yang ditetapkan,” kata Modi.

Bercakap pada sidang media bersama rakan sejawatannya dari Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim di Hyderabad House, di sini, Modi menekankan peranan penting Malaysia dalam ASEAN dan wilayah IndoPasifik.

Beliau berkata India sangat menyokong kepentingan ASEAN di rantau itu.

Selain itu, beliau turut menyatakan sokongan padu India terhadap Malaysia yang akan menggalas jawatan Pengerusi ASEAN pada 2025.

Modi berkata India melihat Malaysia sebagai rakan kerjasama utama di rantau Indo-Pasifik dan menyentuh secara tidak langsung berkenaan geopolitik rantau tersebut.

“Selaras dengan undang-undang antarabangsa, kami komited kepada kebebasan pelayaran dan ruang udara, serta menyokong penyelesaian aman bagi semua pertikaian,” kata Modi.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada Anwar atas persahabatan yang terjalin dan komited untuk memperkukuh hubungan dua hala, selain menyatakan lawatan Anwar menetapkan hala tuju baharu bagi hubungan India-Malaysia pada dekad yang akan datang.

Modi juga mengumumkan penubuhan kursi pengajian Thiruvalluvar di Universiti Malaya sebagai penghormatan kepada penyair dan ahli falsafah Tamil yang dihormati Thiruvalluvar.

Beliau turut menyebut bahawa keduadua pemimpin itu juga membincangkan peluang baharu bagi kerjasama pertahanan.

Selain itu, Modi turut menekankan kepentingan diaspora India yang berjumlah tiga juta orang di Malaysia, menggambarkannya sebagai penyambung hidup antara kedua-dua negara.

Beliau mengumumkan India akan memperuntukkan 100 tempat di bawah biasiswa Indian Technical and Economic Cooperation (ITEC) kepada calon dari Malaysia di institusi pendidikan India untuk mempelajari mata pelajaran lanjutan seperti keselamatan siber dan kecerdasan buatan. – Bernama

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha