KUCHING: Semakan keputusan tawaran kemasukan ke Tingkatan 1 Kolej Sarawak, SABK, KRK dan KAA bagi sesi persekolahan 2024/2025 boleh dilakukan pada 1 Mac mulai 2.15 petang.
Demikian menurut perkongsian Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dalam kenyataan di Facebook hari ini.
Keputusan tersebut boleh disemak melalui pautan https://bit.ly/eSEMAKT12024.
Sebagai rekod Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak telah melaksanakan Ujian Khas Kemasukan ke Kolej Sarawak pada 24 Januari 2024 yang lalu.

