ARTIKEL

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg

Semangat Segulai Sejalai asas penyatuan masyarakat Sarawak sebagai keluarga besar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Semangat ‘Segulai Sejalai’ yang dihayati rakyat Sarawak melangkaui sekadar ungkapan kata-kata kerana menjadi asas penyatuan masyarakat negeri ini sebagai sebuah keluarga besar.

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, bahawa Sarawak amat bertuah kerana rakyatnya sentiasa hidup dalam suasana aman dan harmoni walaupun berbeza latar belakang, agama, bangsa serta budaya.

Sehubungan dengan itu, beliau menzahirkan ucapan Selamat Gawai Dayak 2026 kepada seluruh masyarakat Dayak dan rakyat Sarawak yang meraikan perayaan tersebut, sama ada di kampung halaman mahupun di perantauan.

“Perayaan Hari Gawai bukan sekadar sambutan tradisi masyarakat Dayak, tetapi ia juga merupakan simbol kesyukuran atas rezeki yang kita nikmati bersama selama ini.

“Saya berharap agar sambutan ini dapat dihayati dengan penuh makna, khususnya dalam memperkukuh hubungan kekeluargaan, mempererat silaturahim serta menyemai nilai hormat-menghormati dan toleransi dalam kalangan masyarakat,” katanya menerusi Perutusan Sambutan Hari Gawai 2026 hari ini.

Beliau menjelaskan bahawa segala pencapaian dan aspirasi besar Sarawak hanya akan menjadi kenyataan sekiranya rakyat terus bersatu hati, mengekalkan kestabilan serta memelihara kepercayaan dan keharmonian yang telah lama menjadi kekuatan negeri ini.

“Sempena sambutan Hari Gawai pada tahun ini, marilah kita bersama-sama memperbaharui tekad untuk membina Sarawak yang lebih maju, pintar dan mampan demi generasi akan datang.

“Transformasi yang sedang kita laksanakan hari ini bukan sekadar mengenai pembangunan ekonomi, teknologi atau infrastruktur semata-mata, tetapi juga tentang memperluas peluang, meningkatkan taraf hidup rakyat dan memastikan setiap warga Sarawak dapat menikmati kemakmuran yang kita bina bersama,” ujarnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU