ARTIKEL

TAHNIAH....Pengetua SMK Three Rivers Donny Dahlan (berdiri tengah) bersama yang lain merakam kenangan bersama calon SPM 2024, hari ini.

Sembilan calon SPM SMK Three Rivers raih semua A

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Seramai sembilan orang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Three Rivers berjaya memperoleh keputusan cemerlang, meraih semua A untuk semua subjek yang diambil.

Menurut kenyataan SMK Three Rivers, sekolah tersebut berjaya memperoleh Gred Purata Sekolah (GPS) 4.59 yang merupakan GPS terbaik sejak tahun 2013.

“Peratus layak mendapat sijil juga menunjukkan pencapaian yang membanggakan iaitu 95.88 peratus daripada 194 orang calon.

“Sembilan calon pula memperoleh keputusan cemerlang semua A manakala 21 orang calon memperoleh keputusan cemerlang 5A ke atas,” katanya dalam satu hantaran menerusi laman Facebook rasminya, hari ini.

Sehubungan itu, sebanyak 14 daripada 20 subjek mencatatkan peningkatan peratus lulus, manakala 12 subjek lagi meningkat dari segi Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) dan sebanyak 16 subjek lagi berjaya mencatatkan keputusan GPMP di bawah 5.0.

Pihak SMK Three Rivers turut menzahirkan penghargaan kepada calon SPM 2024, para guru, ibu bapa dan semua pihak yang terlibat dalam kejayaan tersebut.

“Terima kasih juga kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Three Rivers dan Millenium Creative Solution yang masing-masing menyumbang insentif sebanyak RM500 kepada 9 orang calon yang memperoleh semua A untuk semua subjek.

Diharapkan dengan pencapaian SPM ini, ia menjadi titik tolak kepada perancangan dan kejayaan masa depan yang lebih hebat demi anak-anak SMK Three Rivers.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU