ARTIKEL

DOUGLAS Uggah serta tetamu kenamaan lain merakamkan gambar kenangan di atas Jambatan Sungai Krian selepas menyempurnakan kerja penyambungan segmen terakhir struktur jambatan berkenaan di sini, hari ini. Foto: OSMAN RAZALI

Sembilan Jambatan Bakal Siap Tahun Ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARATOK: Penyiapan Jambatan Sungai Krian serta lapan jambatan lain pada tahun ini membuktikan Kerajaan Sarawak sentiasa mengotakan janji dalam melaksanakan pembangunan demi kepentingan rakyat.

Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, 2026 menjadi tahun bersejarah buat Sarawak apabila sembilan jambatan utama dijangka siap sepenuhnya.

DOUGLAS Uggah diiringi Mohamad semasa tiba untuk meninjau kemajuan Jambatan Sungai Krian di sini, hari ini. Foto: OSMAN RAZALI

“Menjelang Mac depan, Jambatan Sungai Krian akan siap dan boleh digunakan, manakala lapan jambatan lain akan menyusul kemudian.

“Siapnya kesemua jambatan ini nanti menunjukkan Sarawak bukan sahaja bercakap atau berjanji, namun dilaksanakan dengan matlamat projek infrastruktur ini mampu memberi manfaat besar kepada rakyat, supaya sama-sama maju seperti di tempat lain,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyempurnakan majlis penyambungan segmen terakhir struktur Jambatan Sungai Krian di sini, hari ini.

Menurutnya, kemudahan Jambatan Sungai Krian akan melancarkan sistem perhubungan dari Daerah Pusa ke Kabong dan seterusnya ke Saratok tanpa perlu lagi bergantung kepada perkhidmatan feri.

“Laluan ini turut bersambung dengan Jambatan Batang Saribas Dua dan jalan menuju ke Roban.

“Ini merupakan inisiatif Rangkaian Jalan Pesisir yang sedang dilaksanakan Kerajaan Sarawak bagi memastikan kawasan sekitar lebih mudah diakses serta terbuka kepada aktiviti ekonomi, khususnya sektor pelancongan dan pertanian moden.

“Inilah impak yang kita harap dapat dicapai untuk kesejahteraan rakyat yang dijangka memberi limpahan manfaat sosioekonomi, termasuk peningkatan pendapatan penduduk tempatan melalui pertambahan jumlah pengguna jalan raya yang berpotensi membeli produk serta hasil pengeluaran kawasan ini,” ujarnya.

Turut hadir Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Datuk Ir Aidel Lariwoo; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri; ADUN Beting Maro, Datuk Razaili Gapor; ADUN Krian, Friday Belik; Pengarah Kerja Raya Sarawak, Datuk Ir Dr Cassidy Morris; dan Jurutera Bahagian JKR Betong, Jason Ng Boon Tuan.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU