ARTIKEL

Sembilan kampung lengkap proses dokumentasi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TEBEDU: Masyarakat Bidayuh di kawasan Dun Tebedu diingatkan agar memberikan kerjasama kepada Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) bagi mempercepatkan proses dokumentasi tanah NCR milik mereka.

Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Datuk Seri Michael Manyin Jawong berkata, DBNA secara asasnya akan membantu Jabatan Tanah dan Survei Sarawak melaksanakan penyukatan perimeter tanah NCR milik penduduk kampung.

Menurut beliau, usaha DBNA itu mendapat pengiktirafan daripada Kerajaan Sarawak bagi mempercepatkan usaha pengukuran tanah NCR inisiatif baharu. “Berdasarkan rekod DBNA, setakat ini hanya sembilan daripada 56 kampung di Tebedu lengkap proses dokumentasi melibatkan tanah NCR.

“Justeru, saya berharap penduduk kampung lain turut memberi kerjasama kepada DBNA seperti sembilan kampung lain,” katanya pada Majlis Perasmian Naik Taraf Gereja St John dan Balu Sinangkan Kampung Kujang Mawang di Tebedu.

Manyin yang juga Adun Tebedu memberitahu, sembilan kampung yang sudah lengkap proses dokumentasi NCR adalah Kampung Pichin, Kampung Nyabet, Kampung Bantang, Kampung Jenan, Kampung Sebintin, Kampung  Sungan, Kampung Entubuh, Kampung Taee dan Kampung Lanchang.

“Jika tiada halangan, surat hak milik tanah akan dikeluarkan pada Jun tahun ini,” katanya.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan