Sembilan keluarga dipindah ke pusat pemindahan banjir

KUCHING: Sembilan keluarga dari Kampung Buntal dan Sungai Lumut dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) pada jam 4.15 petang semalam.

Jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) menyatakan, PPS untuk kawasan berkenaan ditempatkan di Dewan Sri Buntal.

“PPS tersebut telah dibuka pada jam 4.15 petang. Kesemua jumlah mangsa yang terlibat adalah 38 orang daripada sembilan keluarga berkenaan,” katanya.

Infografik Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) di Bahagian Kuching.

Suara Sarawak