ARTIKEL

Sembilan kluster baharu diisytiharkan hari ini di Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sebanyak sembilan kluster baharu diisytiharkan di Sarawak semalam dengan tujuh kluster melibatkan komuniti manakala dua lagi kluster tempat kerja.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), tujuh kluster dalam komuniti ialah Kluster Bunga Rampai (35 positif), Kluster Kampung Paon Rimu (21 positif), Kluster Kerina (15 positif), Kluster Kampung Sungai Duuh (28 positif), Kluster Sungai Sangan (7 positif), Kluster Peligong (27 positif) dan Kluster Tanjung Tuang (84 positif).

Mengulas lanjut, JPBN berkata kluster yang melibatkan tempat kerja adalah Kluster Melikin di Serian dan Kluster Kinda KM 18 di Tatau.

“Kluster ini melibatkan pekerja estet kelapa sawit di Jalan Serian-Sri Aman dengan 46 orang disahkan positif manakala 103 individu didapati negatif.

“Kluster Kinda KM 18 pula melibatkan kilang di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang terletak di Kemena Land District (KINDA) dengan 10 orang dilaporkan positif dan 75 orang masih menunggu keputusan,” ujarnya.

Sementara itu, sebanyak tiga kluster dicatatkan tamat iaitu Kluster Muara Tabuan dan Kluster Jalan Renggas di Kuching serta Kluster Sungai Gamong di Meradong kerana tiada kes baharu dikesan dalam tempoh 28 hari yang lepas.

JPBN turut memberitahu Sarawak mempunyai 84 kluster aktif diikuti sepuluh kluster masih mempunyai penambahan kes baharu dan 74 kluster lagi tiada penambahan kes baharu.

BERITA LAIN

Industri media Malaysia perlu ada acuan sendiri

KUCHING: Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata ketua-ketua pengarang di Malaysia mahu industri media di negara ini dibentuk mengikut acuannya sendiri. Beliau berkata mesej itu disampaikan

Bawang Assan perlukan pemimpin baharu

SIBU: Kawasan DUN Bawang Assan sentiasa mendapat perhatian daripada Kerajaan Sarawak. Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, kawasan itu disifatkannya ‘sudah

Guna salelit ganti menara untuk liputan lebih luas

KUCHING: Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan satelit untuk dijadikan sebagai menara bagi menghubungkan capaian liputan secara terus ke telefon, kata menterinya, Fahmi Fadzil. Menurutnya, teknologi

BERITA TERBARU

Kuching selamat, cantik, pintar

BANDAR raya yang cantik, bersih, tersusun, moden dan lengkap dengan segala kemudahan dan kelengkapan sentiasa menarik untuk dikunjungi. Bergantung pada sumber, senarai bandar raya yang