Semua Kontraktor LPB wajib mempunyai pasukan pengurusan trafik yang cekap dan efektif dalam mengendalikan pengurusan trafik

KUCHING: Semua kontraktor yang terlibat dengan kerja-kerja pembinaan projek Lebuh Raya Pan Borneo (LPB) dari Selatan hingga ke Utara Sarawak wajib mempunyai sebuah pasukan pengurusan trafik yang cekap dan efektif dalam mengendalikan pengurusan trafik semasa kerja-kerja pembinaan di kawasan masing-masing.
Pegawai Pengurusan Trafik Kanan Sub-Unit Pengurusan Trafik PBHU Lawrence Robert Tasser berkata, pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak melalui Unit Lebuh Raya Pan Borneo (PBHU) sentiasa memastikan sistem pengurusan trafik oleh pihak kontraktor berada di tahap terbaik demi memastikan keselamatan pengguna.
“Setiap pasukan trafik daripada Kontrak Pakej Kerja (WPC) diterajui seorang pegawai pengurusan trafik yang kompeten dalam mengemas kini laporan aktiviti harian di kawasan masing-masing melalui aplikasi whatapp yang dipantau oleh Ketua Unit, Pengurus Zon wilayah, dan pegawai-pegawai pengurusan trafik dari pihak kontraktor.
“Pasukan itu terdiri daripada mereka yang terlatih dan wajib mematuhi tatacara pengurusan trafik yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Jelasnya, pasukan tersebut akan bertindak segera sekiranya terdapat aduan daripada orang awam berhubung dengan masalah trafik yang disebabkan kerja-kerja pembinaan LPB.

Pegawai Pegurusan Trafik membantu pengguna jalan raya yang mempunyai masalah kenderaan

Selain itu, orang awam juga boleh menyalurkan maklumat berkenaan di https://talikhidmat.sarawak.gov.my/talikhidmat atau melalui talian telefon 082- 555999 atau email ke 555999@sarawak.gov.my.
Selain daripada itu mereka juga boleh mengutarakan aduan melalui halaman media sosial facebook rasmi JKR Sarawak di https://www.facebook.com/jkrsarawak/ atau menghubungi PBHU di talian 082-230879.
Pegawai Pegurusan Trafik membantu pengguna jalan raya yang mempunyai masalah kenderaan

Suara Sarawak