MIRI: Seramai 143 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia dipindahkan dari Depot Tahanan Imigresen di Bekenu untuk dihantar pulang ke negara asal, Rabu lepas.
Menurut Facebook Konsulat Jenderal Republik Indonesia (KJRI) Kuching hari ini, seramai 118 membabitkan lelaki manakala 24 merupakan wanita.
“Sementara pada Selasa, dua PATI yang mengidap penyakit juga telah dihantar pulang ke Indonesia oleh Jabatan Imigresen Malaysia Bahagian Kapit,” kata hantaran itu.
Sementara itu, semua PATI yang dihantar pulang semula ke negara asal sebagian besar telah melakukan kesalahan seperti tinggal lebih masa; tiada dokumen perjalanan sah dan sebagainya.
Katanya, kesemua PATI telah dihantar pulang oleh Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak setelah selesai menjalani hukuman penjara di negeri ini.
“Seramai 3,871 PATI bermasalah telah ditahan dan 114 PATI dipulangkan ke Indonesia melalui program repatriasi setakat 16 Oktober lepas,” kata hantaran itu.

