ARTIKEL

RAZI menerima cenderahati daripada penganjur pada Majlis Penangguhan Program Randau Solidariti Komuniti Bahagian Betong 2026 di Dewan Pahlawan Tujuh, Kampung Bungin, malam tadi.

Semua pihak perlu tangani isu sosial – Razi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SPAOH: Penyalahgunaan dadah dan bahan terlarang dikenal pasti antara lima isu sosial utama di Bahagian Betong yang memerlukan perhatian serta tindakan berterusan semua pihak.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Dr Mohammad Razi Sitam berkata, berdasarkan statistik tahun ini yang dikongsikan rakan strategik dan ahli Majlis Pembangunan Sosial (MPS), beberapa isu sosial lain turut mencatatkan angka membimbangkan.

RAZI menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada salah seorang penerima pada majlis sama.

“Selain penyalahgunaan dadah dan bahan terlarang, isu kedua tertinggi ialah jenayah siber dengan 55 kes,” katanya.

Beliau yang juga penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Saribas berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penangguhan Program Randau Solidariti Komuniti (RSK) Bahagian Betong 2026 di Dewan Pahlawan Tujuh, Kampung Bungin, malam tadi.

Tiga lagi isu yang dikenal pasti ialah jenayah harta benda dan kehamilan remaja, masing-masing mencatatkan 42 kes, manakala keganasan rumah tangga merekodkan 16 kes.

Sehubungan itu, Razi menyifatkan Program Randau Solidariti Komuniti sebagai platform penting untuk meningkatkan kesedaran, menyampaikan maklumat serta menggalakkan penglibatan masyarakat dalam usaha menangani isu sosial.

Katanya, sesi dialog dan interaksi bersama agensi berkaitan memberi peluang kepada masyarakat mendapatkan maklumat, berkongsi pandangan serta memahami isu yang memberi kesan kepada kehidupan seharian.

Beliau berharap pengetahuan yang diperoleh menerusi program itu dapat dimanfaatkan dan disebarluaskan kepada ahli keluarga serta masyarakat setempat bagi membina komuniti lebih prihatin, selamat dan sejahtera.

Pada masa sama, beliau berharap setiap isu dan maklum balas yang dibangkitkan sepanjang program diberi perhatian serta tindakan susulan oleh agensi berkaitan.

BERITA LAIN

Premis makanan di Simanggang dikenakan tiga notis

SIMANGGANG: Sebuah premis makanan di sini dikenakan tiga notis penguatkuasaan selepas pemeriksaan oleh Pejabat Kesihatan Bahagian Sri Aman mendapati beberapa ketidakpatuhan berkaitan kebersihan, penyimpanan makanan

ASNB tawar hadiah hampir RM50,000 kepada rakyat Sarawak

KUCHING: Rakyat Sarawak berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik bernilai hampir RM50,000 menerusi kempen pelaburan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), ‘Juh, Melabur Menang Mas’ yang berlangsung

BERITA TERBARU