ARTIKEL

Semua Rakyat Malaysia Berdaftar Di Columbia Selamat Selepas Gempa Bumi 7.4 Skala Richter

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUTRAJAYA: Kementerian Luar mengesahkan semua rakyat Malaysia yang berdaftar di Columbia berada dalam keadaan selamat dan telah dikenal pasti keberadaan mereka susulan gempa bumi berukuran 7.4 pada skala Richter yang melanda barat negara itu pada Isnin.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa, Kementerian Luar atau Wisma Putra memaklumkan Kedutaan Besar Malaysia di Lima, Peru yang ditauliahkan secara serentak ke Columbia, terus berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan berkaitan dan memantau perkembangan keadaan.

Menurut kenyataan itu, gempa bumi berkenaan berlaku pada kira-kira 7.34 pagi waktu tempatan dengan pusat gempa terletak berhampiran bandar San Jose del Palmar di Jabatan Choco.

Gegaran dirasai di sebahagian besar Columbia, khususnya di kawasan tengah termasuk Cali, Pereira, Manizales dan Armenia, serta ibu negara Bogota, mengakibatkan kerosakan besar pada bangunan dan infrastruktur.

“Kementerian merakamkan ucapan takziah yang mendalam kepada kerajaan dan rakyat Republik Columbia, khususnya mereka yang terjejas akibat bencana alam yang dahsyat ini,” menurut kenyataan itu.

Wisma Putra berkata pihak berkuasa Columbia masih menjalankan penilaian keadaan, manakala jumlah korban dan tahap sebenar kerosakan masih belum dapat dipastikan.

Kementerian turut menasihatkan rakyat Malaysia yang menetap atau berada di Columbia, khususnya di kawasan terjejas, supaya sentiasa berwaspada, berhati-hati serta mematuhi arahan dan nasihat yang dikeluarkan pihak berkuasa Columbia serta perkhidmatan kecemasan tempatan.

Rakyat Malaysia yang masih belum mendaftarkan kehadiran mereka di negara itu juga digesa segera berbuat demikian menerusi sistem e-Konsular.

Mereka yang memerlukan bantuan konsular segera atau mempunyai maklumat mengenai rakyat Malaysia yang mungkin terjejas boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Lima melalui telefon atau WhatsApp di talian (511) 422 0297, (511) 441 1939 atau (511) 441 0795, atau melalui e-mel di mwlima@kln.gov.my dan malawakillima@gmail.com.

Wisma Putra berkata kementerian akan terus memantau situasi itu secara rapi dan akan menyalurkan maklumat lanjut sekiranya perlu.
— BERNAMA

BERITA LAIN

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,

BERITA TERBARU

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan

Tubi Mbos khazanah kulinari Bidayuh

TUBI mbos merupakan warisan kulinari masyarakat Bidayuh Biatah di Kampung Pain Bojong yang lahir daripada kearifan tempatan sebagai bekalan makanan mesra alam untuk penduduk ke