ARTIKEL

Antara peserta yang hadir memeriahkan Program Malaysia Aktif @ Komuniti Peringkat Bahagian Mukah, hari ini.

Senamrobik, gaya hidup sihat jadi pilihan komuniti Mukah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Program Malaysia Aktif @ Komuniti 2025 Peringkat Bahagian Mukah menerima sambutan menggalakkan daripada penduduk sekitar.

Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah dengan kerjasama Kelab Sukan Rekreasi Arena Seberang itu berlangsung di Dataran Pehin Setia Raja setiap hari Rabu, bermula jam 5.15 hingga 6.30 petang.

Penolong Pegawai Belia dan Sukan Mukah, Mohamad Arbi Rosli berkata, program berkenaan mempunyai 12 siri pelaksanaan.

“Kini, kita sudah selesai siri ke-11 dan hanya berbaki satu siri lagi iaitu pada minggu hadapan.

“Alhamdulillah, penyertaan amat menggalakkan apabila sasaran hanya 50 peserta tetapi setiap siri dihadiri lebih 100 orang,” katanya kepada Suara Sarawak.

Antara peserta yang hadir memeriahkan Program Malaysia Aktif @ Komuniti Peringkat Bahagian Mukah, hari ini.

Menurutnya, program yang mula dilaksanakan sejak 2022 menunjukkan peningkatan penyertaan komuniti dari minggu ke minggu walaupun berdepan cabaran cuaca seperti hujan.

“Ini membuktikan semangat membudayakan gaya hidup aktif dan cergas semakin subur dalam kalangan masyarakat,” ujarnya.

Beliau menambah, objektif utama program adalah memberi peluang kepada semua lapisan masyarakat melibatkan diri dalam aktiviti kecergasan yang bermanfaat dari aspek kesihatan dan perpaduan selain menyemai budaya hidup aktif melalui aktiviti seperti senamrobik.

Katanya, pelaksanaan Program Malaysia Aktif @ Komuniti juga menjadi pemangkin kepada persekitaran kondusif untuk masyarakat.

Dalam pada itu, Arbi berharap agar program berimpak tinggi tersebut dapat diteruskan dari semasa ke semasa.

“Pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) turut berharap ada komuniti, NGO, kelab atau persatuan sukan yang secara sukarela menganjurkan aktiviti kecergasan di Mukah,” tambahnya.

Antara peserta yang hadir memeriahkan Program Malaysia Aktif @ Komuniti Peringkat Bahagian Mukah, hari ini.
Antara peserta yang hadir memeriahkan Program Malaysia Aktif @ Komuniti Peringkat Bahagian Mukah, hari ini.
RAKAM KENANGAN…Peserta merakam kenangan dalam program tersebut.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU