ARTIKEL

JURULATIH....Chew Pok Cheong.

Senarai muktamad skuad kriket diketahui selepas aidilfitri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Barisan pemain yang akan mewakili Sarawak ke temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI 2024 untuk skuad kriket lelaki akan diumumkan selepas Hari Raya Aidilfitri nanti.

Ketua jurulatih, Chew Pok Cheong menjelaskan bahawa beliau mempunyai senarai bayangan yang menyertai kem latihan ketika ini.

Menurut Cheong, perlu baginya meneliti kredibiliti pemain dari semasa ke semasa sebelum memuktamad kedudukan pasukan.

“Sesi latihan berjalan seperti biasa dan mempunyai senarai panjang ketika ini.

“Barisan muktamad akan diketahui selepas Hari Raya Aidilfitri nanti,” ujar Cheong kepada Arena Suara Sarawak.

Katanya, semua barisan pemain yang menyertai latihan ketika ini berbakat dan berpotensi untuk diberi kepercayaan menggalas cabaran Sarawak di temasya dwitahunan negara itu kelak.

Justeru, penilaian dari semua aspek amat penting untuk memastikan skuad yang bakal dibentuk itu benar-benar mantap dari segenap posisi.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

BERITA TERBARU