ARTIKEL

Senat AS Luluskan Rang Undang-undang Pembiayaan Sementara Elak Penutupan Kerajaan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

WASHINGTON: Senat Amerika Syarikat (AS) pada Sabtu meluluskan rang undang-undang pembiayaan sementara bagi mengelakkan penutupan kerajaan Persekutuan menjelang pilihan raya pertengahan penggal, sekali gus melanjutkan pembiayaan agensi Persekutuan sehingga 11 Dis, lapor Agensi Berita Qatar (QNA).

Rang undang-undang itu diluluskan dengan majoriti 90-6, membolehkan agensi Persekutuan terus beroperasi pada tahap pembiayaan semasa sementara anggota Kongres berusaha mencapai persetujuan mengenai peruntukan tahunan penuh.

Dewan Perwakilan yang dikuasai Parti Republikan telah meluluskan versi rang undang-undang pembiayaan sementara mereka sendiri bulan lalu.

Kedua-dua dewan kini perlu menyelaraskan rang undang-undang masing-masing dan mencapai persetujuan mengenai satu versi bersama sebelum ia boleh dikemukakan kepada Presiden AS Donald Trump untuk ditandatangani.

Penutupan kerajaan hanya dapat dielakkan sekiranya undang-undang pembiayaan muktamad diluluskan sebelum peruntukan bagi tahun fiskal semasa tamat pada 30 Sept.

Sekiranya tiada persetujuan dicapai, penutupan kerajaan akan bermula pada 1 Okt.

— BERNAMA-QNA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Rampa menua, budaya Ulu Entabai pematak SIE

PEMANAH rampa menua, peneleba ngatur kem entukar besai ba tebing sungai sereta penyelai adat enggau budaya komuniti Iban nyadi pekara pematak raban program Sarawak Interior