ARTIKEL

Radzemah (kiri) dan Sa’anah menunjukkan buku Songket Tenunan Masyarakat Rajang dalam majlis perasmiannya di Pantai Iftitah Belawai.

Seni songket tradisi masyarakat Rajang dibukukan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TANJUNG MANIS: Pengorbanan enam tahun akhirnya membuahkan hasil apabila buku Songket Tenunan Masyarakat Rajang berjaya diterbitkan sebagai naskhah pertama seumpamanya yang mendokumentasikan songket tradisi masyarakat Rajang di negara ini.

Penulisnya, Radzemah Bolhassan berkata, proses penghasilannya berdepan pelbagai cabaran termasuk tempoh pandemik Covid-19 yang melanda negara ketika itu.

Menurutnya, tumpuan masa yang panjang diperlukan bagi mengumpul fakta sebelum buku tersebut dapat disiapkan sepenuhnya.

“Saya pernah menulis banyak karya berbentuk novel sebelum ini, namun tidak ada yang setanding kesukaran menghasilkan buku ini yang mengambil masa bertahun-tahun,” katanya kepada Suara Sarawak.

Tambah beliau, usaha mencari konsep ayat yang tepat serta penjenamaan tersendiri turut memerlukan penelitian rapi bagi memastikan penggunaan bahasa yang sesuai.

Radzemah turut mengakui proses penterjemahan menjadi lebih mencabar apabila beberapa istilah khusus dalam bahasa Melanau sukar diterjemah secara tepat.

Beliau bersyukur mendapat bantuan Sa’anah Sulaihi yang bersama-sama meneliti aspek terjemahan dan penyelidikan sepanjang tempoh penghasilan.

Katanya, penerbitan buku tersebut merupakan sumbangan kecilnya dalam usaha memartabatkan warisan bangsa, khususnya seni tenunan masyarakat Rajang.

“Semoga buku ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat, terutama generasi muda yang ingin mengenali seni warisan tempatan dengan lebih dekat,” ujarnya yang juga Pengerusi Penggiat Sastera Sarikei (PERPESSA).

Majlis pelancaran buku ini disempurnakan oleh Ahli Parlimen Tanjong Manis, Datuk Yusuf Abd Wahab.

Diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, naskhah berharga RM72 itu bukan sahaja bersifat ilmiah, malah menjadi dokumen penting yang memelihara identiti masyarakat Rajang melalui seni tenunan songket.

BERITA LAIN

Liputan Internet Kota Sentosa capai 98.5 peratus

KUCHING: Liputan Internet mengikut kawasan penempatan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Sentosa kini mencapai 98.5 peratus, kata Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk

BERITA TERBARU

Liputan Internet Kota Sentosa capai 98.5 peratus

KUCHING: Liputan Internet mengikut kawasan penempatan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Sentosa kini mencapai 98.5 peratus, kata Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk