ARTIKEL

Poster EP The Burning Witches oleh Senseless.

Senseless Lancar EP The Burning Witches

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Perintis genre ‘death metal Malaysia’, Senseless melancarkan EP yang sekian lama dinanti-nantikan iaitu The Burning Witches awal tahun ini.

Karya tersebut diterbitkan menerusi label tempatan, Astaka Arungan, merupakan suatu karya garang yang memperkukuh legasi, keberanian dan akar Senseless dalam dunia muzik bawah tanah.

Ditubuhkan pada 1988 dengan nama asal Senseless Death, kumpulan ini menjadi tonggak penting dalam pergerakan muzik metal ekstrem Sarawak selama lebih tiga dekad.

Senseless dibarisi (dari kiri) Jumbull Murdoch, Andy Dynamite, Zibeon Uzza dan Suffian Ballia.

Senseless, antara pelopor utama death metal Malaysia, menjadi sebahagian daripada detik awal kemunculan genre ini. Album penting mereka, Epidemic Mentality Equilibrium yang diterbitkan pada 1994, kekal sebagai antara album penuh metal ekstrem terawal yang lahir di Borneo dan Malaysia.

Kini pada 2025, The Burning Witches menjadi isyarat kepada kesinambungan yang membara dan juga mungkin satu titik persimpangan penting.

“EP ini mencerminkan segala yang kami tempuhi dan perjuangkan, bukan sekadar sebagai pemuzik, tetapi sebagai peminat metal Malaysia yang menjadi sebahagian daripada pergerakan ini sejak mula lagi,” kata kumpulan itu dalam kenyataan bersama.

Sehubungan itu, Senseless menyeru semua penyokong lama dan baharu agar membeli versi fizikal The Burning Witches.

“EP ini terhasil daripada tahun-tahun penuh ketabahan dan kreativiti, memperlihatkan evolusi kumpulan tersebut sambil kekal setia kepada keaslian dan intensiti garang yang menjadi identiti mereka sejak awal.

“Kepada semua penyokong setia, rakan-rakan dan semua pejuang muzik bawah tanah, sokongan anda amat penting. Jika EP ini tidak didengari, ia mungkin menjadi yang terakhir buat kami,” tegas mereka.

Senseless dibarisi ahli yang bertenaga seperti Andy Dynamite (gitar/ vokal), Jumbull Murdoch (gitar utama), Zibeon Uzza (bes), dan Suffian Ballia (dram) yang kekal sebagai kuasa penting dalam dunia metal bawah tanah Malaysia.

Penampilan terbaharu mereka pada acara Sarawak Metal Regime dan Rock in the Jungle 2024, menghidupkan semula semangat perjuangan, namun masa depan Senseless bergantung kepada sokongan berterusan dan nyata daripada komuniti yang mereka sendiri bantu bina.

Salinan fizikal The Burning Witches kini boleh didapati melalui kumpulan tersebut dan pengedar muzik bawah tanah terpilih. Setiap pembelian membantu memastikan kelangsungan salah satu kumpulan death metal tulen dari Malaysia.

“Sokong metal tempatan. Sokong dedikasi sejati. Sokong The Burning Witches. Inilah masa anda untuk menyahut seruan ini,” katanya.

Untuk sebarang pertanyaan media, tempahan distro atau pembelian EP, sila hubungi kumpulan ini secara langsung melalui media sosial atau pengedar bawah tanah Malaysia yang dipercayai.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU