Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Seorang lelaki, 59 maut dilanggar motosikal

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Motosikal mengalami kerosakan pada bahagian hadapan dan kiri.

TATAU: Seorang lelaki berusia 59 tahun maut setelah dilanggar oleh seorang penunggang motosikal di Jalan Kampung Dagang, Tatau.

Kemalangan berlaku pada pagi Ahad, sekitar jam 05.21 pagi ketika mangsa sedang berjoging.

Beliau telah dilanggar oleh penunggang motosikal dari arah Pasar Lama Tatau menuju ke Masjid Tatau.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Supt Alexson Naga Chabu berkata akibat kemalangan, kedua-dua mangsa dan penunggang motosikal telah dihantar ke Klinik Kesihatan Tatau oleh orang awam untuk pemeriksaan lanjut.

“Mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Kesihatan Klinik Kesihatan Tatau semasa sedang menerima rawatan.

“Penunggang motosikal yang cedera parah di kepala kemudian telah dibawa ke Hospital Bintulu untuk rawatan lanjut,” kata Alexson dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, mayat mangsa telah dibawa ke Bahagian Forensik Hospital Bintulu untuk tindakan lanjut.

Kata Alexson, kes disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Berita Berkaitan

E-Paper

22 Mac 2023

Berita Terbaru

Ubah status maklumat

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden menandatangani rang undangundang