ASAJAYA: Seorang lelaki berusia 43 tahun dilaporkan maut setelah dibaham buaya Kampung Sampun Tebun di sini, hari ini.
Menurut Komander Operasi PBK II Nor Aini Usop, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 4.42 petang tadi.
“Sejurus laporan, sepasukan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Asajaya dikerah ke lokasi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Tambah Nor, mangsa, Gindek Julau, 41, dilaporkan telah dibaham buaya.
Mangsa katanya, dikatakan telah dijumpai oleh ahli keluarga pada jam 4.30 petang tadi.
“Dan setakat laporan ini ditulis, pasukan masih menunggu pihak polis untuk tindakan seterusnya,” katanya.




