ARTIKEL

Seorang wanita maut manakala 10 individu cedera selepas belon udara panas tanpa lesen yang membawa pelancong terhempas pada Ahad di negeri Sao Paulo, tenggara Brazil, | Foto AGENSI | Bernama

Seorang maut, 10 cedera selepas belon udara panas terhempas di Brazil

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SAO PAULO: Seorang wanita maut manakala 10 individu cedera selepas belon udara panas tanpa lesen yang membawa pelancong terhempas pada Ahad di negeri Sao Paulo, tenggara Brazil, lapor Xinhua memetik kenyataan polis tentera.

Belon udara panas itu membawa seramai 35 orang ketika ia terhempas di kawasan luar bandar Capela do Alto, sebuah bandar berhampiran Ipero, tempat ia berlepas.

Mangsa yang maut berusia 26 tahun.

Saluran berita Brazil, GloboNews melaporkan bahawa belon itu tidak memiliki lesen untuk penerbangan rekreasi atau pelancongan dan juruterbangnya telah ditahan selepas kejadian.

Konfederasi Belon Brazil yang berpusat di bandar Boituva turut memaklumkan bahawa belon udara panas berkenaan tidak berdaftar dengan organisasi itu. — Bernama

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha