Sekurang-kurangnya seorang terbunuh manakala 22 lagi cedera dalam insiden tembakan rambang semasa perarakan kemenangan Kejohanan Super Bowl di Kansas City, Missouri di Amerika Syarikat (AS) pada Rabu.
Dalam sidang media, ketua Jabatan Polis Kansas City, Stacey Graves berkata kejadian berlaku di Union Station ketika orang ramai berkumpul menyaksikan perarakan pasukan Kansas City Chiefs, lapor Xinhua.
Graves berkata polis menahan tiga individu untuk siasatan lanjut.
Menurut beliau, lebih 800 pegawai penguatkuasa undang-undang berada di tempat kejadian untuk mengawal keselamatan orang ramai.



