ARTIKEL

REMUK…Keadaan kenderaan dan motosikal mangsa yang remuk akibat kemalangan, pagi tadi.

Seorang maut, dua cedera dalam kemalangan di Limbang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LIMBANG: Seorang penunggang motosikal maut, manakala dua lagi cedera dalam satu kemalangan jalan raya melibatkan sebuah motosikal dan sebuah kereta di Taman Tasik Bukit Mas, di sini pagi tadi.

Komander Operasi PBK I Dzuriman Suhaimi berkata, mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Mohd Haswanddy Sahari, 26, dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Panggilan kecemasan berhubung kejadian diterima pada 7.40 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang digerakkan ke lokasi kejadian.

REMUK… Keadaan kenderaan dan motosikal mangsa yang remuk akibat kemalangan, pagi tadi.

“Setibanya di lokasi, pasukan bomba mendapati kemalangan tersebut melibatkan sebuah motosikal dan sebuah kereta jenis Toyota Sienta,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dzuriman menambah, dua penumpang kenderaan berkenaan, masing-masing seorang lelaki dan seorang wanita perempuan mengalami kecederaan.

Katanya, kesemua mangsa yang cedera kemudiannya diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum dihantar ke hospital menggunakan ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Mayat penunggang motosikal diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tindakan selanjutnya.

“Pasukan Keluaran Operasi (PKO) turut menjalankan kerja-kerja pembersihan sisa-sisa kemalangan di atas jalan raya bagi memastikan laluan selamat digunakan oleh orang awam.

“Operasi ditamatkan setelah keadaan disahkan selamat dan anggota bomba bertolak balik ke balai,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU