ARTIKEL

Kredit: Bernama

Seoul luaskan perkhidmatan teksi tanpa pemandu pada waktu malam di daerah Gangnam

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEOUL: Kerajaan bandar Seoul pada Ahad mengumumkan, operasi waktu malam bagi perkhidmatan teksi tanpa pemandu akan diperluas ke seluruh daerah Gangnam di Seoul mulai minggu ini, lapor Agensi Berita Yonhap.

Perkhidmatan teksi autonomi waktu malam itu, yang diperkenalkan sebagai program perintis pada September lalu, akan mula beroperasi berhampiran stesen bawah tanah Apgujeong, Sinsa, Nonhyeon dan Cheongdam bermula Isnin, menurut kenyataan pihak bandar.

Ketika ini, perkhidmatan itu hanya ditawarkan di kawasan Yeoksam-dong, Daechi-dong, Dogok-dong dan Samseong-dong di Gangnam.

Inisiatif itu, yang merupakan yang pertama seumpamanya diperkenalkan oleh bandar tersebut, kini mengendalikan tiga teksi dari 11 malam hingga 5 pagi pada hari bekerja.

Pengguna boleh menempah teksi itu seperti biasa melalui aplikasi Kakao T, dengan maksimum tiga penumpang dibenarkan dalam satu masa.

Perkhidmatan ini ditawarkan secara percuma semasa tempoh program perintis.

Sejak ia mula beroperasi pada 26 Sept, perkhidmatan itu telah mencatatkan sejumlah 4,200 perjalanan, bersamaan purata 24 perjalanan sehari.

Berdasarkan kejayaan program perintis tanpa sebarang kemalangan di daerah Gangnam yang terkenal dengan laluan jalan raya yang kompleks, pihak bandar berkata inisiatif ini berpotensi membuka laluan kepada penggunaan kereta pandu sendiri sebagai mod pengangkutan yang selamat dan mudah. — Bernama

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha