ARTIKEL

Foto: AFP

Sepanyol bermula hambar, diikat Cape Verde

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ATLANTA: Sepanyol gagal memulakan kempen Piala Dunia dengan kemenangan apabila sekadar seri 0-0 menentang Cape Verde dalam aksi pembukaan Kumpulan F, malam tadi.

La Roja yang hadir sebagai antara pasukan pilihan kejohanan mencipta pelbagai peluang berbahaya, namun ketangkasan penjaga gol Cape Verde, Vozinha, menggagalkan setiap usaha mereka untuk mencari jaringan.

Pemain berusia 40 tahun itu tampil cemerlang dengan beberapa aksi menyelamat penting termasuk menafikan tandukan Mikel Oyarzabal, percubaan Ferran Torres serta peluang Aymeric Laporte pada babak pertama.

Sepanyol turut menurunkan bintang muda Barcelona, Lamine Yamal, pada separuh masa kedua selepas pulih daripada kecederaan, namun gagal menembusi pertahanan kental lawan.

Keputusan itu menyaksikan Cape Verde mengutip mata pertama dalam sejarah penampilan sulung mereka di pentas Piala Dunia. – TVS

BERITA LAIN

Kuching City buru kemenangan kelima di Brunei

KUCHING: Kuching City FC memburu kemenangan kelima berturut-turut dalam saingan Liga Super 2026-2027 apabila bertandang ke Brunei menentang DPMM FC di Stadium Negara Hassanal Bolkiah,

BERITA TERBARU

Kuching City buru kemenangan kelima di Brunei

KUCHING: Kuching City FC memburu kemenangan kelima berturut-turut dalam saingan Liga Super 2026-2027 apabila bertandang ke Brunei menentang DPMM FC di Stadium Negara Hassanal Bolkiah,