ARTIKEL

Sepanyol juara Piala Dunia 2026

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Sepanyol muncul juara Piala Dunia 2026 selepas menewaskan juara bertahan Argentina 1-0 menerusi masa tambahan pada aksi final di Stadium MetLife, New Jersey, Amerika Syarikat.

Jaringan tunggal Ferran Torres pada minit ke-106 hasil gerakan Nico Williams dan hantaran Lamine Yamal memastikan La Roja merangkul gelaran dunia buat kali kedua selepas kejayaan pada edisi 2010.

Sepanyol menguasai sebahagian besar perlawanan, namun beberapa percubaan berjaya dipatahkan penjaga gol Argentina, Emiliano Martinez.

Argentina pula kehilangan Enzo Fernandez yang dilayangkan kad merah pada penghujung separuh masa kedua.

Kedua-dua pasukan gagal memecah kebuntuan dalam tempoh 90 minit, termasuk sepakan percuma Yamal pada masa kecederaan yang ditepis Martinez sebelum perlawanan berlanjutan ke masa tambahan.

Kemenangan itu menamatkan penantian 16 tahun Sepanyol untuk kembali menjulang trofi Piala Dunia, sekali gus menewaskan Argentina yang mempertahankan kejuaraan seperti dilapor Bernama.

BERITA LAIN

Wajib bayar HUTANG, jangan tangguh

Hutang merupakan perkara yang lazim dalam kehidupan manusia. Ada yang berhutang untuk memenuhi keperluan keluarga, membeli rumah, mendapatkan kenderaan atau menjalankan perniagaan. Islam tidak melarang

BERITA TERBARU