Sepasang kekasih antara empat individu ditahan kes dadah

PADAWAN: Sepasang kekasih antara empat individu yang diberkas menerusi tiga tangkapan berasingan berkaitan dadah di sebuah Apartment dekat Kuching oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintendan Aidil Bolhassan berkata pasangan berkenaan ditahan kira-kira jam 1.20 pagi hari ini, di hadapan lif tingkat bawah pangsapuri berkenaan dan hasil pemeriksaan mendapati mereka memiliki 12.36 gram syabu dianggarkan bernilai RM1,600 dan 34.56 gram Ketamin dianggarkan bernilai RM7,050.

“Hasil soal siasat, suspek lelaki mengaku dadah itu miliknya, dengan bekalan syabu diperolehi daripada seorang lelaki dikenali dengan nama Tokey manakala bekalan Ketamin daripada seorang lelaki yang dikenali sebagai Ah Peng,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Aidil menambah kedua-duanya turut didapati positif Methamphetamine, di mana suspek lelaki berusia 21 tahun itu mengaku mula terlibat dengan penagihan dadah sejak 2019 manakala kekasihnya yang berusia 18 tahun mula terlibat dengan dadah sejak awal tahun ini.

Beliau berkata suspek lelaki kini ditahan di lokap Balai Polis Siburan manakala remaja perempuan terbabit ditahan di lokap Balai Polis Beratok dan kedua-duanya akan dibawah ke Mahkamah Majistret Kuching untuk perintah tahanan reman.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 25 Mac 2021

Dadah yang dirampas daripada kesemua suspek.

Suara Sarawak