ARTIKEL

Sepasang kekasih ditahan langgar sekatan jalan raya PKP

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MELAKA: Sepasang kekasih ditahan selepas melanggar tiga lampu isyarat dan sekatan jalan raya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Daerah Alor Gajah, Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Arshad Abu berkata dalam kejadian 7 malam itu, anggota polis sedang melakukan rondaan PKP sebelum terserempak dengan kenderaan Perodua Kancil dipandu seorang lelaki berusia 24 tahun bersama teman wanitanya, 18, yang melanggar lampu isyarat di kawasan Durian Tunggal.

“Anggota polis ini mengejar dan mengarahkan pemandu memberhentikan kenderaan, namun suspek terus memecut laju dan tidak berhenti di sekatan jalan raya di Paya Rumput,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Klip video sebuah kenderaan Perodua Kancil yang memecut laju walaupun diarahkan berhenti oleh anggota polis tular di media sosial, semalam.

Mengulas lanjut, Arshad berkata kenderaan terbabit akhirnya berhenti di kawasan Taman Angkasa Nuri dipercayai setelah kehabisan petrol.

Katanya, siasatan awal mendapati lelaki terbabit mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan kesalahan menyimpan barang curi, selain positif dadah jenis methamphetamine.

Menurut Arshad, berdasarkan pemeriksaan awal, lelaki terbabit cuba melarikan diri kerana takut ditahan setelah ingkar arahan PKP.

Katanya, kedua-dua mereka direman selama empat hari sehingga Khamis ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Peraturan 11 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.– BERNAMA

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU