ARTIKEL

Seramai 813 mangsa banjir ditempatkan di PPS

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seramai 813 mangsa melibatkan 275 keluarga masih ditempatkan di sembilan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Bahagian Serian dan Simunjan.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, lima buah PPS di Bahagian Serian dibuka bagi menempatkan seramai 648 mangsa.

Katanya, PPS Dewan Kampung Slabi Entukuh menempatkan seramai 42 mangsa, PPS SK Tanah Puteh (338), PPS Dewan Masyarakat Serian (148), PPS Kampung Rimba Padi (75) dan PPS Dewan Serbaguna Ranchan (35).

Manakala di Simunjan, empat PPS dibuka bagi menempatkan seramai 175 mangsa banjir.

Jelas JPBNS, seramai tujuh mangsa ditempatkan di PPS Dewan Masyarakat Lubok Buntin, PPS Dewan Mesra Simunjan (96), PSS Dewan Kampung Entangor Sebuyau (40) dan PSS Masjid Kampung Seruyuk Sebuyau (12).

BERITA LAIN

Arahan WhatsApp palsu, syarikat rugi RM327,000

KUCHING: Sebuah syarikat di sini kerugian RM327,000 selepas diperdaya individu menyamar sebagai pengarah syarikat menerusi WhatsApp dan mengarahkan pembayaran ke dua akaun bank berbeza. Penipuan

Bintulu singkirkan ATM, mara ke separuh akhir

BINTULU: Juara bertahan Bintulu mengesahkan kemaraan ke separuh akhir Piala Premier Sarawak 2026 selepas menyingkirkan ATM dengan agregat 1-0 meskipun terikat seri tanpa jaringan pada

BERITA TERBARU