ARTIKEL

Serat berangan bagus untuk sistem penghadaman

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Buah berangan atau chestnut ialah panggilan biasa bagi spesies pokok genus Castanea, dari famili Fagaceae.

Buah berangan berasal dari kawasan beriklim sederhana di Hemisfera Utara dan boleh tumbuh setinggi 20 hingga 40 meter.  

Terdapat pelbagai jenis buah berangan, antaranya berangan China, Jepun, Korea dan Amerika Syarikat.  

Kulit kayu berangan muda mempunyai permukaan licin dan alur kulit pokok dalam sesetengah spesies berpintal apabila usianya meningkat.  

Daunnya lebat dan berbentuk lanceolat, sepanjang 10 hingga 30 sentimeter dan selebar 4 hingga 10 sentimeter. 

Bunganya muncul pada pertengahan musim panas dan mengeluarkan bau tidak enak. 

Buahnya pula berukuran 5 hingga 11 sentimeter dan mengandungi satu hingga tujuh biji kacang.

Biji berangan merupakan tanaman makanan penting di selatan Eropah dan rantau Asia. 

Bijinya sedap dimakan selepas direbus, dipanggang atau dijadikan manisan.  

Setelah masak teksturnya sama seperti kentang bakar – lembut, manis dan berperisa kacang.

Satu lagi kegunaan buah ini ialah ia boleh digiling halus menjadi tepung yang digunakan untuk membuat roti, kuih dan pasta. 

Batang pokok berangan pula menyerupai kayu pokok oak dan digunakan untuk membuat perabot lebih-lebih lagi kerana ia tahan lama. 

Di Itali, batang pokok ini digunakan untuk membuat tong cuka balsam.

Dari segi kesihatan, buah berangan mempunyai serat paling tinggi serta yang terbaik untuk sistem penghadaman. 

Ia juga kaya dengan pelbagai mineral untuk kesihatan minda seperti vitamin B dan vitamin C.

BERITA LAIN

Rumah Oren sukar ditandingi

HEBAT dan sukar ditandingi. Demikian gambaran keunggulan kontinjen Rumah Oren apabila dinobatkan sebagai juara keseluruhan Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah Kebangsaan (SK) Tambay 2026, baru-baru ini.

BERITA TERBARU