Serbu Happy Hour Fama

MIRI: Menteri Pengangkutan merangkap Adun Senadin Datuk Lee Kim Shin mewakili Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Datuk Amar Douglas Uggah Embas merasmikan Jualan Happy Hour dalam Karnival Jualan Terus Dari Ladang dan Industri Asas Tani di Bintang Megamall, Miri sebentar tadi.

Happy Hour bermula pada jam 3.15 petang tadi dan ia berlangsung selama satu jam.

Beliau yang hadir mewakili Uggah turut menyempurnakan perasmian karnival serta menyampaikan sijil penghargaan kepada 35 gerai peserta yang terlibat.

Karnival tersebut berlangsung pada 23 Ogos yang lalu dan esok merupakan hari terakhir, orang ramai diminta hadir untuk memeriahkan lagi hari terakhir karnival tersebut.

Suara Sarawak