ARTIKEL

Cuba rampas... Paul Sambang (belakang) cuba merampas bola daripada kawalan pemain PDRM pada perlawanan semalam. – FOTO FAIZAL BUJANG

Serian benam PDRM 4-0, kekal pendahulu Zon Selatan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SERIAN: Pasukan Serian tidak berdepan masalah meraih tiga mata penuh selepas mencatat kemenangan selesa 4-0 ke atas PDRM pada perlawanan di Kompleks Sukan Siburan, petang tadi.

Bintang berpengalaman, Paul Sambang, terus membuktikan ketajamannya apabila meledak dua gol pada minit ke-14 dan 60.

Penjaga gol, Khairul Anwar Amin, turut mencatat nama sebagai penjaring selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-26.

Satu lagi gol Serian disumbangkan Mohd Hasrul Azizi Abdul Rahman pada minit ke-72.

Kemenangan itu merupakan kemenangan kesembilan buat Serian selepas 10 perlawanan, sekali gus mengekalkan kedudukan mereka di tangga teratas Zon Selatan dengan 28 mata setakat ini.

Mantap… Barisan kesebelasan utama pasukan Serian. – FOTO FAIZAL BUJANG

“Cukup gembira dengan kemenangan yang diperoleh pemain.

“Yang paling penting ialah tiga mata yang mengekalkan Serian di kedudukan teratas ketika ini,” ujar pengurus pasukan, Mohamad Azlan Sebi, kepada Arena Suara Sarawak.

Menurut Azlan, beliau memuji semangat juang barisan pemain yang konsisten sepanjang perlawanan.

Katanya, pasukan kendalian Edward Jamid Unting selaku ketua jurulatih berjaya menterjemah peluang kepada jaringan sepanjang aksi.

Azlan turut mengakui keadaan padang yang sedikit licin akibat hujan sebelum perlawanan ada menjejaskan corak permainan pasukannya.

“Jika permukaan padang berada dalam keadaan terbaik, saya percaya kami boleh melepasi defisit gol sedia ada,” tambahnya.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

BERITA TERBARU