KUCHING: Serian kekal mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi di Sarawak dengan bacaan 193 setakat jam 3 petang hari ini.
Berdasarkan portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), antara kawasan yang turut merekodkan bacaan IPU tidak sihat ialah Kuching (180), Kota Samarahan (174), Sri Aman (156), Bintulu (151) dan Mukah (124).
Beberapa kawasan di Sarawak turut mencatatkan IPU sederhana seperti Samalaju (91), Miri (89), ILP Miri (86), Sibu (88), Sarikei (82), Kapit (79) dan Limbang (74).
Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan IPU melebihi 300 adalah pada tahap berbahaya.



