ARTIKEL

KEMBALI MENYERLAH... Kesebelasan pemain pasukan Serian. - FOTO FAIZAL BUJANG

Serian kongsi mata dengan Samarahan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BALAI RINGIN: Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Serian (SFA), MD Haiqal Abdullah tetap berpuas hati dengan prestasi yang dipamerkan oleh pemainnya meskipun pertemuan dengan jiran tetangga, Samarahan di Kompleks Sukan Balai Ringin semalam berkesudahan seri (1-1).

Haiqal menyifatkan satu mata yang diperoleh daripada perlawanan tersebut amat bermakna untuk pasukannya mengekalkan kedudukan di tangga ketiga Zon Selatan, Liga Premier Sarawak 2026 (SPL 2026) dengan tujuh mata setakat ini.

REBUT… Pemain Serian dan Samarahan saling berebut untuk mendapatkan bola. – FOTO FAIZAL BUJANG

“Walaupun sekadar mencatat keputusan seri (1-1), namun satu mata yang diperoleh itu amat bermakna bagi kami,” ujar Haiqal kepada Arena Suara Sarawak.

Menurut Haiqal, pasukannya berpeluang untuk memenangi perlawanan tersebut sekiranya gol awal yang dijaringkan oleh Mohamad Cairum Mohd. Razi pada minit ke-55 dapat dipertahankan hingga penghujung saingan.

“Kami berjaya mencetuskan tekanan kepada pasukan pelawat selepas gol awal yang dijaringkan itu.

“Malah, jika deretan peluang yang dimiliki turut berjaya menghasilkan tambahan gol, mungkin kami tidak akan kehilangan dua mata penting itu,” tambah Haiqal.

Apa pun, Haiqal turut menghamburkan pujian atas semangat juang yang diperagakan oleh para pemainnya yang telah berupaya memberi tentangan sengit terhadap pasukan Samarahan.

Gol penyamaan pasukan Samarahan semalam dijaringkan oleh Mohd. Alauddin Farid Atan pada minit ke-62.

Dalam pada itu, dua lagi perlawanan Zon Selatan turut berlangsung semalam yang menyaksikan keputusan berbeza.

Pasukan Kuching turut berjaya meraih tiga mata selepas menumpaskan ATM dengan jaringan (2-0).

Di samping itu, kekuatan setara diperagakan oleh pasukan Sri Aman dan PDRM yang berkesudahan seri tanpa jaringan.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU